memaparkan info dan aktiviti yang melibatkan belia/beliawanis PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA PASOH EMPAT
Jumaat, 26 April 2013
GOTONG ROYONG PERDANA ANJURAN PERSATUAN BELIA
Gotong royong perdana yang dianjurkan oleh Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat pada 26/4/2013 melibatkan semua penduduk Felda Pasoh 4. Program ini bertujuan membersihkan serta mengindahkan kawasan kampung. Selain itu juga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara sesama penduduk tidak kira usia, jantina, harta ataupun pangkat.
Pihak Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama JKKK, GPW, FELDA dan semua penduduk yang menjayakan program ini. InsyaAllah berkat sokongan semua, program ini akan diteruskan setiap tahun.