Ahad, 23 Jun 2013

PERTANDINGAN BADMINTON ( TERTUTUP ) PEREMPUAN FELDA PASOH 4 ( 23 Jun 2013 )










pertandingan badminton bahagian perempuan yg diadakan pada 23 jun 2013 bertempat di dewan orang ramai Felda Pasoh Empat. penyertaan amat memberansangkan, semangat berpasukan yang ditunjukkan sangat membanggakan pihak penganjur Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat.

sama seperti pasukan lelaki, cabutan undi dilakukan bagi memilih regu dan walaupun ada peserta yang mengalami kecederaan, tetapi dengan semangat kesukanan yang tinggi pertandingan dapat diteruskan dengan jayanya. tahniah kepada pemenang, dan yang tidak berjaya jangan bersedih kerana boleh mencuba lagi di masa akan datang.

Sabtu, 22 Jun 2013

PERTANDINGAN BADMINTON ( TERTUTUP ) LELAKI FELDA PASOH 4 ( 22 Jun 2013 )







Pertandingan badminton lelaki tertutup. Anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat berjaya diadakan dengan disertai oleh belia yang tinggal di rancangan ini sahaja.

Penyertaan lebih kurang 24 orang di mana peserta perlu melakukan cabutan undi bagi menentukan regunya sendiri. Walaupon cabutan dilakukan, ianya tidak menjejaskan persembahan permainan.

Program bermula jam 2.00 petang berakhir pada sebelah malam. Keesokanya akan dijalankan Pertandingan badminton (tertutup ) perempuan. Syabas diucapkan kepada pemenang. Kepada yang kalah,  sila cuba lagi pertandingan akan datang. Sekian

Jumaat, 26 April 2013

GOTONG ROYONG PERDANA ANJURAN PERSATUAN BELIA









Gotong royong perdana yang dianjurkan oleh Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat pada 26/4/2013 melibatkan semua penduduk Felda Pasoh 4. Program ini bertujuan membersihkan serta mengindahkan kawasan kampung. Selain itu juga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara sesama penduduk tidak kira usia, jantina, harta ataupun pangkat.

Pihak Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua  pihak yang terlibat terutama JKKK, GPW, FELDA dan semua penduduk yang menjayakan program ini. InsyaAllah berkat sokongan semua, program ini akan diteruskan setiap tahun.


Sabtu, 11 Ogos 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM

















Program ini berlansung pada bulan Ramadhan bertempat di Masjid Felda Pasoh 4. Majlis Khatam Al- Quran melibatkan peserta dari kalangan pelajar Sekolah Agama Rakyat Felda Pasoh 4.

Sumbangan kepada anak - anak yatim dari kalangan anak dan cucu peneroka disampaikan oleh YB Dato' Razak bin Mansor Adun Pertang Merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Program ini merupakan inisiatif Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat dalam membantu kanak-kanak dari kalangan anak dan cucu peneroka yang telah kehilangan ibu bapa.