Ahad, 23 Jun 2013

PERTANDINGAN BADMINTON ( TERTUTUP ) PEREMPUAN FELDA PASOH 4 ( 23 Jun 2013 )










pertandingan badminton bahagian perempuan yg diadakan pada 23 jun 2013 bertempat di dewan orang ramai Felda Pasoh Empat. penyertaan amat memberansangkan, semangat berpasukan yang ditunjukkan sangat membanggakan pihak penganjur Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat.

sama seperti pasukan lelaki, cabutan undi dilakukan bagi memilih regu dan walaupun ada peserta yang mengalami kecederaan, tetapi dengan semangat kesukanan yang tinggi pertandingan dapat diteruskan dengan jayanya. tahniah kepada pemenang, dan yang tidak berjaya jangan bersedih kerana boleh mencuba lagi di masa akan datang.

Sabtu, 22 Jun 2013

PERTANDINGAN BADMINTON ( TERTUTUP ) LELAKI FELDA PASOH 4 ( 22 Jun 2013 )







Pertandingan badminton lelaki tertutup. Anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh Empat berjaya diadakan dengan disertai oleh belia yang tinggal di rancangan ini sahaja.

Penyertaan lebih kurang 24 orang di mana peserta perlu melakukan cabutan undi bagi menentukan regunya sendiri. Walaupon cabutan dilakukan, ianya tidak menjejaskan persembahan permainan.

Program bermula jam 2.00 petang berakhir pada sebelah malam. Keesokanya akan dijalankan Pertandingan badminton (tertutup ) perempuan. Syabas diucapkan kepada pemenang. Kepada yang kalah,  sila cuba lagi pertandingan akan datang. Sekian